SOLAT MENCEGAH KEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN

January 11, 2009

Betulkah Solat itu dapat mencegah kemungkaran
Kalau betul, mengapa ramai orang yang solat masih melakukan kejahatan dan kemungkaran? Bahkan
berita dan cerita yang kita dengar serta lihat orang
yang solat itulah yang menipu, mencuri dan me
lakukan pelbagai maksiat yang lebih hebat seperti merompak, merogol (termasuk darah daging
sendiri), memakan riba’ dan membubuh. Bukan
kah pelik bunyinya dan tidak selari dengan
maksud ayat al Quran tadi jika segala bentuk
kemaksiatan dan kemungkaran itu dilakukan
oleh orang yang melakukan solat.

Sebenarnya tidak bercanggah sama sekali dengan
jaminan Allah bahawa orang solat akan dapat
menghindar dari melakukan kejahatan dan kemungkaran jika sekiranya solat yang dilakukan itu benar-benar mengikut syariat yang betul dan tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah.
Untuk menjamin solat yang sempurna serta
menepati kehendak solat (mencegah mungkar dan kejahatan) sebenarnya bermula dari kita bersuci lagi. Pastikan kaedah dan tatacara bersuci kita betul atau tidak sama ada bersuci hadath besar atau kecil. Misalnya hadath besar hendaklah meratakan air keseluruh anggota badan termasuk segala rongga yang boleh sampai air. Ertinya jika semasa mandi wajib ada bahagian tubuh badan kita tidak diresapi air, maka dengan sendirinya mandi wajib kita tidak sah. Bila mandi wajib (hadath besar)tidak sah, bagaimana wudhu’ kita nak sah.Begitu juga dengan solat kita.
kerana syarat sah solat hendaklah bersih dari hadath besar dan kecil.

……bersambung…

ANDAINYA KAU ADALAH AKU

December 27, 2008

Andainya kau adalah aku
kau akan sentiasa menangis melihat aku
yang padamu aku adalah buah hati pengarang jantung
lantaran tingkahku yang mengguris hatimu
namun apa peduli kau padaku yang sentiasa mendoakanmu.
Andainya kau adalah aku
mampukah menerima mehnah
yang datang memalit mungkar dalam taman acuan Ilahi.
Namun walau pun siapa kau
sanggupkah kau menyeka airmataku
dari terus mengalir dek tingkahmu
atau kau tega melihat ku menderita.
Sebelum ku tinggalkan mu
tiada yang ku pinta untuk kubekalkan
hanya titipan doa dan ingatan yang kau masih dalam pesanan seorang ayah…

KEBIMBANGAN SEORANG ABAH

December 27, 2008

picture-1311

Hampir 24 tahun dulu aku teruja menjadi seorang suami apatah lagi dalam masa dua mingu saja aku dapat tahu status akan menjadi seorang bapa. Hari-hari menjadi bapa kepada anak-anak yang membesar di depan mata amat membahagiakan ku. Lebih-lebih lagi aku punyai isteri yang sangat bekaliber dalam melayani suami dan mendidik anak-anak. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun begitu cepat masa berlalu. Anak-anak yang dulu sentiasa dalam pelukan dan dakapan kini kian membesar dan menjadi dewasa. Kalau dulu apa yang dibuat semua di depan mata dan dapat ditegur secara terus. Puas rasa hati apabila setiap mereka dapat membawa khabar gembira kepadaku dan isteri. Bukan saja dari segi pelajaran, tapi juga dari segi akhlak semuanya memuaskan hati sehingga ada yang memuji bagaimana aku mendidik keenam=enam puteraku menjadi begitu sempurna pada mereka. Sebenarnya aku ni taklah banyak sangat masa dengan anak-anak berbanding isteriku. Cuma mungkin doa dan asuhan yang berpanjangan itulah yang banyak membantu.

Tapi kini anak-anakku dah meningkat dewasa, masing-masing boleh berfikir sendiri dan sepatutnya boleh bertindak dengan wajaran iman dan akhlak yang diasuh selama ini. Disebabkan pergaulan dan persekitaran yang negatif aku bimbang pengaruh tersebut akan menular dan mempengaruhi anak-anak ku yang ku harapkan menjadi anak yang soleh. Bukan aku tak mempercayai mereka, tetapi dari geraklaku dan keadaan mereka akhir-akhir ini banyak merisaukan aku. Apa tah lagi aku terbaca SMS yang tak sepatutnya dilakukan oleh anak yang aku inginkan! Walau pun tak semua anak-anak ku sama halnya, tapi kebimbangan tetap ada andainya mereka melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan kehendakku lebih-lebih lagi jika ianya melanggar batas agama dan Syariat…waliyazubillah.

Pada anak-anakku,

Abah amat sayangkan kamu semua. Tiada apa yang abah harapkan melainkan didik dan disiplinkanlah dirimu menjadi anak-anak yang soleh kepada abah. Jika ini tak kau lakukan bagaimanalah nasib abah di dalam kubur dan di akhirat nanti. Teraminkah doa kalian untukku dan umimu….! So, Jika ada di antara kamu yang tersasar dan tersesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah saat abah mengajar dan mendidik kamu waktu kecil dulu. Sepatutnya diusia begini, khabar gembira saja yang dibawa oleh kamu semua untuk abah dan umi, bukannya kesedihan dan kebimbangan yang berterusan…………..

Petua Masuk Rumah Baru.

August 3, 2008

Assalamualaikum,

Kebanyakan dari kita apabila melangkah ke kediaman/rumah baru dimulakan dengan bermacam-macam cara. Ada yang buat kenduri doa selamat, tahlil solat hajat dan sebagainya. Namun salah satu petua yang saya dapati dan amalkan apabila setiapkali masuk rumah baru, tidak kira rumah sewa ke atau rumah sendiri, saya mulai langkah pertama masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan dan bacaan Bismillah serta salam. Lepas tu, cari arah kiblat melalui kompas yang dibawa dan duduk di bahagian tengah rumah. Dengan ikut arah putaran jam, baca Surah Al Fatihah menghadap ke setiap penjuru dinding yang empat yang berakhir dengan mengahadap kiblat. Akhir sekali baca doa memohon Allah lindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan sebarang makhluk baik dari golongan manusia atau jin/iblis/syaitan. Insya Allah kita dilindungi dari gangguan yang tidak diingini. Petua amalan ini saya ambil daripada Risalah kecil Fadhilat Al Fatihah. Wallahu A’alam.

Welcome to my blog.

August 2, 2008

Hi everybody!

Thanks for opening my blog. I am looking for any comment regarding to my blog especially in upgrading Islamic experience and knowledge. For those who are interested in sharing ideas,come forward and show your writing skills by dropping comments or emailing me at waizek@yahoo.com.